Search This Blog

Wednesday, March 28, 2012

Panduan: Amalan Sepanjang Hayat


Minggu lepas, selepas makan-makan di restoren My Friends sempena hari jadi mak kesayangan. Kitaorang sempat la merayau-rayau sekitar stesen bus Larkin (adik berlepas naik bus ke Perlis), yela perut sudah penuh jadi kena bagi turun la kan. Dari satu ke satu kedai kami masuk, macam orang tak betui pun ada (oleh kerana bajet lari, tengok jela).

Nak dibuat cerita, kitaorang pun masuk la ke sebuah kedai jual buku-buku agama. Dalam dok menelek-nelek, tiba-tiba mata ni terus tertacap pada sebuah buku. Warna dia biru pekat dan tulisannya kuning (kalau mata den tak kero la). Aku pun selak muka pertama. Emmm… sungguh menarik. Dengan belas ehsan kakak tersayang, dapatlah beli buku tu (akak aku pun beli satu).

Jadi, inilah dia buku setebal 126 muka surat:

Title: Amalan Sepanjang Hayat
Penulisan: Ustaz Ismail Bin Qamus, Ustaz Hj Abdullah Bin Abdul Rahamn, Ustaz Hj Yusof Bin Embi
Penerbit: Muafakat Enterprise Sdn. Bhd.
Harga: RM5.00

Harganya pun murah.
Kandungannya terdiri daripada,
1.       Amalan-amalan sunat mengikut taqwim Islam
2.       Peringatan sembahyang harian dan khusus
3.       Wirid-wirid selepas sembahyang fardu
4.       Doa-doa selepas sembahyang fardu
5.       Cara-cara mengkhusukkan sembahyang
6.       Wirid-wirid harian
7.       Doa umum
8.       Nama-nama Allah
9.       Gambaran Islam secara menyeluruh.

Bagi makhluk yang daif dan baru nak merangkak mendalami Islam macam aku ini , buku sebegini mungkin boleh menolong. Ianya lengkap  daripada doa ke wirid. Amalan detik korang celik mata daripada lena yang panjang hingga malamnya korang nak tutup mata, semua ada.

Walaupun bukanlah pakar dalam bab agama. Namun satu nasihat percuma untuk korang semua:
Tak salah andai kita hendak berubah sekarang dan jangan sampai terlambat hingga masa yang menghimpit kita.

^^ Beringatlah selalu bahawa mati itu tidak mengenal umur, kaum dan kedudukan seseorang.

Semoga Allah sentiasa merahmati dan hati ini tetap bersama-Nya.

No comments:

Post a Comment

-please share your thoughts here, dude

End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...