Search This Blog

Tuesday, November 10, 2015

Go nature part 2: Sungai pisang, gombak

Continue... Go nature part 2...

Plan tempat yang nak gi adalah Sungai pisang, gombak.
Aku memang tak pernah dengar and tahu akan kewujudan tempat nih.
Quite interesting lah.
Bab supply makan, part aku ialah membuat sandwich!
Ohsem...senang.

Then, kami seramai lapan orang bertolak tepat 7.30pagi...even janji 7.00pagi.
Biasalah...malas nak komen hal-hal camni.
Sampai dalam kol 8.30 pagi. Around that aku rasa.
Sebab aku tak tengok jam, even pakai jam tangan.
Sebab excited nak masuk hutan.
Aku nak kick pacat and lintah yang memang musuh dalam lipatan sejak azali lagi.

Sampai sana. Parking dalam... bahagi-bahagikan barang, sumbat mana muat.
'Cause better korang jangan pegang apa-apa dekat tangan.
Sebagai tips untuk senang trekking masuk hutan nih.
Mula-mula jalan terus, jumpe parking moto and jalan lagi. Jalan mati dekat muka sauk Sungai Gombak.
Maka bermulalah pengembaraannya.
Get set and go.

Lalu bawah, ada arus sungai. Kena seberang. Part nih, kasut memang basah lah... tak leh elak.
Pastu naik trek darat.
Ikutlah kau trek semak-semak tepi sungai.
Hati-hati sikit, jalan lecak.
Jalan sampai jumpa terowong berkembar bawah Lebuhraya Karak.
Ada two choices...nak ikut bawah atau teror sikit, bab nak elak kasut basah, lalu titi tepi tuh. Mata kena tajam...
Keluar terowong, kasut basah jugak. Hahaaaa... pastu naik tangga besar ala Batu Caves, yang menghala ke highway Karak. 

Nih part depan terowong. Ada senyum sikit semua.

Pastu jalan la tepi highway Karak.
Time nih, orang yang hon-hon tepi tu akan bagi semangat.
Kau layankan jek la.
Sebab diorang pikir korang adalah pelarian sesat. Refugees.
Hahaaa...
Muka sememeh, basah sana sini.
Nak tumpang? Bangla pon tak hingin nak tumpang.

muka pasrah
Jalanlah antara matahari mula memancarkan sinarnya.
And, sampai jumpe KM 28.7...
Then.
Naik trek tepi tuh.
Time nih before masok boleh take five dulu.

Jalan masok dalam dalam lima sepoloh minit... sampailah dengar bunyi yang ditunggu-tunggu.
Bunyi air terjun.
Bukan bunyi beruk menyanyi.
Hah, dengar tak?
Time nih highly recommend janganlah pepandai pakai earphone.
Sampai ke sudah kau trekking tak jumpe.

Kami pilih port atas sikit daripada air terjun besar.
'Cause aku rasa, aku nak turun pon kena tulis wasiat dulu rasanya.
Curam nauzubillah...
Sebab tu aku rasa aku tahu kenapa diorang support activities flying fox and abseiling...
Nah, perfect reason aku bagi.

So, set up tempat.
Ni semua dilengkapkan oleh tour guide kami.
Si Apez and kawan dia, Lan.
Dioranglah gi pasang khemah, bakar arang, buat air...dan yang lain-lain termasuk aku lama dah terjun mandi air.
Kejam gak la kalau flashback.
Tapi diorang cam ikhlas bebeno and tak kisah pon.
Orait lah tu kan...

Naik-naik, ayam dah masak.
Sosej and daging burger pon ada.
Aik.
Tapi ok jek...
Apa lagi... makan sampai kembung. Pastu mandi lagi.
Hahahha... air dia memang...
Clear.
Deras.
Sejoookkk...
Tempat kami tuh tak dalam macam air terjun besar bawah tuh.
So, tiada acara terjun tenuk dapat dilakukan.
Tapi...
Sepanjang mandi manda adalah moment yang membuatkan aku gelak sampai nak gila.
Tak boleh citer, aib orang.
Dosa.
Tapi memang kelakor!

Dalam kol 3petang. Kami ready-ready kemas nak balik.
Lipat khemah, pack barang-barang, clean any rubbish and ikat ketat-ketat plastik sampah tu sebab kena pikul keluar hutan.
Ni bab aku suka, memupuk cintakan alam sekitar.
Four thumbs up!

Actually diorang dua tu nak ikut laluan lain, more adventure katanya.
Tapi entahlah... dah petang, orang pon ramai. So ikut jalan masok tadilah.
Sepanjang jalan balik, rasa sekejap jer.
Percayalah.
Sebab dah pro jalan.
Hahaaaa....

Sebelum balik sempat beli eskrim roti.
Sedap.
Pak cik tuh buat eskrim and rotinya sendirik.
Time nih jugak, hujan mencurah-curah.
Alhamdulillah... sepanjang kami atas sana tak hujan.
Manja-manja titisan air jek.

So... itulah aku punya pengalaman tentang sungai pisang.
Best and terbaik!
And, aku hanya jumpa baby pacat.
Cheittt.
Tak dapat nak kick.
So, bye!

Oh yeah! Muka saper paling poyo...

End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...