THE AUTHOR

My photo

Assalamualaikum and hello, o awesome readers!

I guess I'm pretty cool person. I likes be positive, helping others, writing and exploring.  Also a fan of happy ending. Even life is too serious as it is. This blog i called as my second heart. Everything with Allah blessing, i'll share those awesome moments in my life. Overall i think is a lot about my family. 'Cause i love them....LOL.

Thanks for all your support! It means a lot. Anyway, welcome to my life.

Saturday, September 30, 2017

Bulan Muharram

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. 
Before Muharram dah start puasa. Masuk bulan Muharram sambung puasa.
Sempena bulan Muharram nih. Rajinkan diri puasa. Rajin collect pahala.
Walaupun dugaan dengan makanan banyak sangat.
Hahahaa. I survive hokey.

Bayangkan satu hari boleh survive dengan keropok lekor jer?
Sebab nak kejar doa awal dan akhir tahun dekat surau. Yassin semua sekali.
Pastu telan air mineral banyak-banyak untuk elak hydrates. Skip pulak makanan surau sebab ngantuk gila.
Alhamdulillah malam tu my friend ada call. Memang lapar gila.Makan jela kat kedai depan rumah. Ada rezeki lagi rupanya.
Alhamdulillah again.

And esok adalah 10 Muharram. Lagi afdal nak puasa. Tapi oncall.
Dah last minute keluar roster. Kalau tak boleh tukar.
Sebab bila oncall weekend, nak puasa tu cam. Dugaan makanan lagi kuat.
Maybe yes or maybe not untuk puasa.
Insyaallah je la.

So, guys. Next week still nak kena kejar puasa puasaan nih.
Selagi sihat, kita fight for it.
Kan?

9 Muharram-Puasa Tasu'a
10 Muharram-Puasa Asyura, menghapus dosa setahun lalu
11 Muharram-Puasa mengikuti puasa Asyura
13 Muharram-Puasa hari pertama Ayyamul Bidh
14 Muharram-Puasa hari kedua Ayyamul Bidh
15 Muharram-Puasa hari ketiga Ayyamul Bidh

Chayokkk.

Monday, September 18, 2017

My taste of travel

Assalamualaikum.

Overall after pergi Matta Fair masa tuh.
Terus rasa nak pack barang, convert money yang ada, letak surat resign, and travel satu dunia.
Ohsem!
But semua tuh kena lepaskan my very top bucketlist lah dulu.
Huhuhuuu...

Anyway, nak travel sengsorang best gak sebenarnya.
Freedom banyak.
Lagi-lagi person like me, which you can be independent by your own.
But dengan berdepan community yang sense of human ntah ke mana sekarang nih.
Better carik partner lah kan.
Can protect me. Protect each other.

Here my plan of travelling look like.
Just go rent a bycle, motorbike or a car when you go some places.
Then you can mulakan bukak map and google, mulakan searching lot of things you want to do next.
My types. As always, i prefer countryside.
Jelajah diorang punya diversity. Beach. Culture. And people.
Wohoooo...

Sebab i'm not a city girl.
Which adore of bangunan-bangunan yang kaku baku. Pastu took a picture with it.
Then, duduk bawak aircond. Tengok orang lalu lalang sambil minum petang.
Or wasting time shopping ke apa.
No. Not so me.
I need to get out from there.

When i go travel. No mall listed.
Sorry.

Makanan halal? Memang choi sikit lah. Tapi i rela untuk grab anything like bread or cereal dan teruskan the journey.
Or untuk masak sendiri. Duh, let me be the chef.
Campak sana sini jer jadiklah maknanan.
Even makan lempeng or cucur pon still edible. Jangan cerewet, tarik telinga nak?
Like not you have to sit in a proper restaurant and enjoy the music they playing.
Bruhhhh. Tuh time nak honeymoon suap-suap makan dengan ayat manis-manis bolehlah.
Come on, that money and time we can spend better.
Hurry.

Macam susah jer, nak kena book hotel sini sana. Hishhh.
Bab tidur? Not i'm complaining duh if the next view is more worth it.
Apa susah, if tak dapat reserve mana-mana room.
Just bukak tent, sleep somewhere safe. Tidur under millions of star instead of hotel yang tak berstar sangat tuh.
Or even in your own rent car.
Romantik tak? Hahhahahh...

In case dah travel kan. Solat jangan lupa.
Musafir teruk macam mana pon.
Nak kejar masa nak tengok show ke apa.
Solat dulu.
Utamakan Dia dulu. Baru barakahhhhh.



Susah sebenarnya nak jumpa pertner travel gini.
Yang korang boleh touch and go with all your sense of tak cecentre mana.
Yang tak kisah in everything.
Yeah, tak kisah what the future gonna hit you next.
Yup.

Even nak terjun lompat pagar ke, tolong remind awal-awal.
Jatuh longkang, jangan tarik me together.
Rela kongsi makan sebab nak berjimat. Tapi sila puasa kalau tahu diri makan tahap T-rex.
Muka sama-sama hodoh sebab kena panas. Jangan kutuk lebih.
Pinjam baju ke apa. Your things are mine, my things are only mine.
Kalau sedih ke apa, i will give my shoulder. Don't cry alone.
If i'm kinda kena sawan gila dance in a crowded place, sila tolong gila sama.
Even rasa lawak korang tak lawak mana, tolong paksa gelak.

And, jangan berkira paling penting.
And respect own limit.
Support each other.
Susah senang sama-sama lah.
Kang kena tinggal sorang-sorang tepi jalan kang. Padan muka.

Sebenarnya i dah jumpa my partner. Kami memang macam atas tuh la.
But dia only available to travel in Malaysia. Sebab tak lepas imigresen.
Huhuhuhu...
Gonna missed it.

So, who gonna be my real partner?

Sunday, September 17, 2017

Exposed them to public

Assalamualaikum.

My family.
My privacy.
The one yang in my top list for what I protected about.
And i will always put a big barrier between them and my world.

Only saat arwah of my brother in law melalui saat-saat sukar.
That time i'm a bit exposed and cried over for a reason that i can't terjemahkan.
Hari-hari. Lepas habis kes, dapat mesej.
That you knew the answer but you want to give them a hope?
No. I can't do that.
Mulalah your tears keluar because you can't be there for them.
Be a shoulder that they needed.
Sedih kan?

Anyway. Tak suka sebenarnya nak share terlalu mendalam tentangnya.
Because he's still our family member.
And for this, we understood and respect each other about sesama privacy. 

Sebab tuh gak in term of privacy, my parents not too talkative la orang cakap bila bawak pergi mingle around.
First expression kalau nak judge. Tak dinafikan.
Habis la my future husband. 
Aiyoook.
Pandai-pandailah kamu nak goreng topik apa nak mula.

So far. Nothing special to share about them in any of my social media.
Because they also tak suka tangkap gambar nonsense nih semua.
And maybe because they don't like if we exposed them to public.
Like me.
And afraid something harm happened to us.
We donno. I donno.

But clearly, when we accept new person in our family.
Like kakak ipar, abang ipar, and their besan besanan.
Anak-anak buah tak kira lagi.
So we obviously terdedah pada all this community commitment part.
And we can't against it.
Pictures, video are everywhere. Kena borak sampai pengsan punya kerja lah.
So we just go with the flow.
Slowly, hope it's a pretty good idea.

And because of this...
I think, it's a right time for me to share it in this blog.
About my family member.
Untuk bab anak-anak buah memang i dah share.
Can check in my previous post duh.

First person I choose?
Emak?
Or.
Ayah?
....
Just wait and see.

Saturday, September 16, 2017

Awesome list at Sarawak.

Assalamualaikum.

Do you still remember my post about Sarawak?
The foods, rent motorbike, the culture, and cloths, even the language.
If not, can check the stories , about it in here.
Around mid of April 2017 yo!

But. Clearly i have something more important than that because...
I will give you all what i  list down, so more places you can go.
Which some places i plan but can't go...
But still. Can be a reference in next visit, duh.
Kan?

So... i also wrote down about the distance from my hotel. Waterfront Hotel, Kuching.
Easy freely.
And.
Happy travelling guys.


1-Waterfront sunset view. Free. (0km)

2-Croos the river by boat. Rm 1.00 per go.
Orchid park, free.
Astana palace, malay castle, free.
Fort margerita, english castle, free.

3-Talang Satang national park, turtle. (1.0km)

4-Reservoir park Kuching. Free. (1.3km)

5-Sarawak museum. Free.
Islamic museum. (4.3km)
Chinese history museum. (700m)
Cat museum. (8.9km)
Timber museum (10km)

6-Satok weekend market, free. (0700am to 0200pm, 2.1km)

7-Santubong river, mount Santubong. Hiking. (28km)

8-Sarawak Village Culture. Show:1130am and 0400pm. (33km)

9-Semenggoh wildlife rehabilitation centre, orang utan. Show:1000am and 0300pm. (19km)

10-Bako national park. (28km). Please check the boat schedule.

11-Siburan crocodile farm. (31km).

12-Sarikei market. (58km)

13-Gading mount national park, rafflesia flower. (88km)

Don't forget to check out their foods also.
So you all can go here too.
My suggestion... Happy eating!

1-Layer cake
Dayang salhah (dry cake)
Mira cake house (moist cake)

2-Laksa Sarawak

3-Teh c-five layers milk tea

4-Sarawak popiah

5-Midin vegetables

6-Topspot Seafood. You can go to rooftop beside UTC building.

7-Bla.bla. bla restaurant Sarawak. 

8-Tribal stove. 

Friday, September 15, 2017

MBP2018: Heart

Assalamualaikum.

As this is my blog a.k.a my diari harian.
Tak salah rasanya bila i want tulis some what my heart worries about.
Kepada satu perkara dalam hidup ini.
Which I'm afraid of.
Daripada hari ke hari...

My big project 2018 #onmywaytomecca adalah the only of my dream ever.
Ever and forever.
As always, ajal maut di tangan Allah.
Dia adalah sebaik- baik perancang.
Insyaallah, and Alhamdulillah untuk kesempatan yang diberi.

But,
Bagaimana if that day arrived, I can't be the one in that team?
I can't make it?
How?
Not about me,
About them...


In this case, if something happen. Can you help me... bagitau my parents.
Just go, go without me.
On behalf. Please chase my dream.

Touch that Kaabah. Felt that air.
And pray for me.
But don't cry over me.

And i love each one of you.
This is my heart talking.

Mengarut lebih dah pulak.
= )

Thursday, September 14, 2017

Pelarian.

Assalamualaikum.

Sebenarnya dah lama tak tengok news kat TV.
Kalau dulu masa sekolah pukul lapan malam hari-hari wajib duduk teman ayah, mak.
Make the family time together dengan adik beradik lain.
Tapi itu dulu...
Sekarang tak sanggup nak tengok,
Macam-macam yang terjadi.
Banyak bad things daripada good.

Kan?

Part paling yang membawa hati bagai di sagat-sagat apabila tengok mereka yang pegang title pelarian.
Pelarian di negara sendiri.
MasyaAllah.
Pastu rata-rata adalah menindas negara Islam.
Menyalahkan mereka sebagai komunis atas segala-galanya.
Namun siapakah pengganas sebenarnya?

Palestine, Syria, dan sekarang hak asisi manusia, ethik Rohingya dipertikai.
Even mereka nih memang daripada dulu dihalau oleh ketua negara sendiri.
Tapi tak adalah seteruk sekarang.
Melampau dah sekarang.
Masuk bab Islam pulak lagi.

Dilabel sebagai pendatang asing sebab masuk sebelum merdeka dan mengancam keselamatan negara katanya.
Releven tak releven pun tak tahulah.
Kalau nak kekalkan warta hanya untuk anak jati...
Sekarang nih ramai orang mixed dah kot.

Negara mana jer yang still 100% penduduknya memang semua asal negara masing-masing?
Nil rasanya.
Korea utara, i donno.
Sebab sekarang orang boleh travel.
Fall in love dan married suka sama suka.
Etnik dan kewarga negaraan adalah nilai patriotik setiap individu.


Rohingya. Kalau dulu ramai negara Islam nak tolong mereka masuk negara masing-masing.
Jadikan sebagai penduduk tetap.
Tapi sekarang, sebabkan pelarian yang makin teruk. Mereka pon tak tahan. Makin ramai imigrate.
Ramai negara sudah tidak mahu menerima mereka.
Menyekat.
Sebab ada certain perangai boleh tahan kasar.

Yelah nak back up own right.
Jika kita kat tempat mereka pon sama jugak.
Nak jugak anak , laki, bini, jiran tetangga dan saudara mara join sama.
Stay sama-sama.
Keep safe and support each other after apa yang menimpa diri.
Trauma lagi.

One day, ada masa itu oncall.
Kengkawan ajak makan kedai 'telur goyang'.
Ada satu brader nih vokalis kumpulan sahabat kata my friend.
Nyanyi lagu, Selamat malam Rohingya.
Rasa tengok telur kuning dengan telur putih.
Bayangkan mereka kat atas kapal atas laut.
Bergoyang-goyang dilawan ombak.
Macam manalah...

Kesian sebenarnya.
Tapi hanya boleh doakan the best untuk mereka daripada jauh.
Kuatlah iman kamu semua untuk menepuh hari yang belum tahu hujung ceritanya.
Bertahan tapi sampai bila?
Allahuakhbar!

Wednesday, September 13, 2017

No pillow please

Assalamualaikum.

Cuti masa my sister wedding sambung adik conference, sambung lagi pergi Raya Haji ke Kedah.
Memang membuatkan badan exhausted sangat lah hai.
Habis semua a week and a half, pastu sampai Kl malam.
Esoknya, terus oncall dua hari.
Then, penyudahnya... sabtu pagi tu, sakit belakang gila-gila.
MasyaAllah lah kan.

Buat case pon rasa bilalah nak habis. Nak balik rumah. Tidur.
Nak tidur jer. Nap kejap jadiklah.
Tapi kes sampai lewat petang. Habis kes terus tidur jap. Diorang ajak keluar pon tak sanggup.
Korang berjumba jek la without me.
Nak tidur, nak tidur.

Malam tu, diorang kejut.
Soh makan nasi goreng yang diorang bungkuskan. 
Makan lah sikit, pastu masukkan dalam fridge sebab tak ada selera.
Mekasih lah sebab beli.
Sebab i lebih prefer berbaring and sleep than anything.

And no pillow please untuk tidur.
Sakit gila belakang.
Pujuk jap badan supaya tak demam ke apa.
Malam tuh, 
Memang surrender, kalau sakit gila-gila. Merangkak pon sanggup ke emergency.
Tapi Alhamdulillah.
Esok sampai ke Subuh, alright jer.

Bangun Subuh Ahad tuh siap semua, dapat kes.
Siap kes, breakfast macam biasa. Ada orang buat roti telur salut kaya! Ohsem.
Pastu boleh plak salah landing duduk atas sofa.
Pap, dia datang balik.
Terus landing tidur balik.

Diorang ajak kuar, keluarlah sebab ingat try nak on off badan nih.
Then lunch gak sekali.
... Rupanya, masuk mall rasa sejuk gila.
Terus call one of my friend soh bawak my sweater nanti datang.
Tak tahannnn.

Tengok diorang jalan semua ok lah.
Tapi tak lalu nak masuk every kedai ke apa. Tunggu luar jer.
Mood memang mengurang.
Ada kerusi, duduk. Crowded sikit. Jalan jauh nak elak.

Then, balik jalan. Buat case. Kemas apa yang patut.
Makan luar dinner. Kerusi pulak yang melengkung tua dah.
Nak tukar, kang tak sopan pulak.
Pastu, dapat lagi. Duduk depan kawan yang makan char keuw tiau...
Tarik sweater sampai kalau boleh nak tutup muka lah.
Rasa nak nangis sambil tidur.

Baliknya. Routine siap apa yang patut.
And terus tidur.
I'm out.
And Alhamdulillah. Next day. Hilang half back pain.
Post call... malam tuh tidur awal. I need my sleeping beauty time.

Mungkin penat kot.
So far sekarang so good.
Dah ada energy untuk everything.
Yeah lets fighting!

Tuesday, September 12, 2017

My holiday in one post

Assalamualaikum.

Mula-mula cerita pasal my adik punya conference.
Event kat Maeps Serdang. Our homestay kat Putrajaya.
Siap dia conference,check out, and tinggalkan my car kat hospital.
Nak dapat parking free.
Hehhehe...

And terus gerak ke Kedah.
Jem banyak sebelum masuk Tol Sungai Dua.
Pergh rasa nak buat lompat bintang kat luar kereta jap.
Tak tahan.
Apa hari selasa pon nak jem gak ker...

Sampai malam.
Esoknya semua demam, batuk-batuk.
Jalan area Kem Lapangan Terbang Sungai Petani jer.
Naik basikal pergi park and tengok helicopter buat praktikal harian diorang.
Kata anak buah Apiz, rumah sana ada monster.
So, Ultraman datang dengan helicopter datang nak selamatkan dunia.
Imagination budak, boleh kalah tauuu...

Next day, pergi Museum Beras,
Lencong ke Perlis. Padang Besar.
Pergi lah terjah semua sudut kat Perlis tuh.
Sampai malamnya.
Pukul 1100 baru sampai kem balik.

Tengok burung nih. Bagi makan. Rasa macam my angsa tapi versi besar 10 tahun.
Dia punya manja, oh my.
Rindu la pulak.
In my view, malam Raya tuh, kebanyakan mereka boleh stay duduk-duduk luar macam esok tak Raya. Ehhhh...
No kalau kat Johor, engkau dah napa gila dok lepak lagi?
Rendang dah siap?
Serunding dah gaul?
Mak punya sambal kacang kena masak balik tuh, tak ikut ISO mak.
Haip.
Kelentang kelentung.

Dengarnya diorang just masak mee sup, tak ada lodeh, ayam masak merah ke apa.
Betul la tuh sebab kakak ipar pon masak camtu lah.
Huhuhuuu...
I missed my Johor.
Tapi my emak tetap masak gak, dia punya kuah kacang.
Love you la mak.

Pagi Raya, Raya rumah kawan. Mak Cik Emy.
Kiss Baby Nana jap.
And say goodbye kat Kedah.

Say hello kat Penang.
Lalu-lalu sampai tak larat.
Dan out.
Balik KL. Sampai malam.
Nak gih dinner area pukul 0900 malam tuh rasa macam semua tulang nak tertanggal dah.
Semua nak rest.
Bebudak layan cartoon.
Pastu tidur lambat.
Haip.

Esoknya oncall.
Ambil kereta, sebab kunci on hand dapat malam tadi.
Ada orang hantar.
Mekasih la yer.
And pergi call department cakap masuk lambat sebab nak uruskan my family.

Ajak diorang makan kat Taman Tasik Ttitiwangsa.
Balik tuh, gi ambil my barang half kereta soh bawak balik Johor.
And hantar pergi kerja.
Suruh diorang gih rumah kakak ipar punya parents untuk lunch.
Diorang segan without me.
Kang tak buat oncall mau meraung kena sound setepek by my leader.

Just called the aunty, cakap my family dah balik Johor.
Kena marah. Hadoiiii...
My fault kah?
Tau-tau diorang pon ke marah gak.
Padan muka.

Anyway, selamat Hari Raya.
Sorry lambat post.
Postponed lama bebenor.
Cerita dah basi kan.

Monday, September 11, 2017

Secret recipe kek


Assalamualaikum.

Pernah satu hari after selesaikan some urusan dengan bank.
Pergilah jalan-jalan jap, pastu teringat yang ada promised someone untuk baginya ole-ole.
Sebab dia tolong care of my thing.
Dah janji, tunaikanlah.
Rezeki, bagi-bagi gak. Alhamdulillah kan.

Then, tak tahu nak beli apa. Confident jek yok oh.
Sebab you know, beli thing untuk orang yang so demanding ni memang burhhhhh.
Apa la nasib kan.
Boleh bawak mengucap je.
Beli pelik-pelik or murah-murah kang, cakap tak ikhlas lah.
Yelah mulut dia tuh, telan 876 bijik cili padi pon boleh kalah kalau kena sedas ayatnya.

Lastly, decided beli a slice of secret recipe kek.
Ni pon tak tahu dia suka flavor apa. Sambung pening. Pening lagi dan lagi.
New york cheesecake?
Lantak lah kan.
Apa nak kisah selera dia.
My selera tak ada siapa nak jaga.

And, best part adalah...
Kek tu bukan bagi pada empunya badan.
I give it to mak cik sapu sampah tepi jalan.
Yang i saw dia dah beberapa kali kat area situ.
Yang memang i wish niatkan dalam hati, one day akan bagi something pada dia.
And i did that time tuh.
Sebab muka kesian dia lain macam hari tuh.

Sorry.

Nampaknya next time jela.
Beli lain pulak.
Kek atau...
Kek jugak?
Heheheeehe.

Sunday, September 10, 2017

Psst... she's married

Assalamualaikum.

La ni baru nak story sikit pasal my sister punya wedding pada 25 August yang lalu.
Nak post gambar memang boleh bawak gaduh sebab penuh camera tuh dengan gambarnya.
Pose terencat semua jangan cakaplah kan.

Anyway, congrats kat my sister Tira.
Dapat orang area situ gak.
Senang noh nak balik kampung Raya nanti.
Tak payah nak o-som ke apa.
Pagi ke petang korang boleh ulang alik dua tempat.

Dan warm welcoming to her partner, Zali.
Menjadi sebahagian daripada Din's family.
Din Bai.
Hhahhaha....
Habislah.


My kawan from German tu pulak, so far hiDup sihat walafiat lagi dengan makanan Malay yang telah disumbat oleh kami.
Dia cakap, makan-makan-dan makan lagi.
Tuh la kenduri namanya kan.
Foods everywhere!
Sambil kentut pon kena makan jugak.
Kalau tak membazir.

Sebelum dia balik tuh, macam-macam foods gak dia kena tibai bawak balik.
Dah warning dah my family, jangan pack makanan sangat untuk dia.
Sebab dia balik naik bas. Kesian.
Tapi biasalah my emak tuh.
Ehhhh, mana boleh.
Amik ni, bungkus tuh.
Pack yang sana gak.
Hadoiii...

So far semuaya Alhamdulillah berjalan lancar sebab pakai catering.
Cuma ada sikit jer chaos part makan berhidang untuk bride and groom tuh.
Biasalah.
Bagi suprised nya macam terlalu suprised sangat.
Hhahhaha...

And semua family member ada.
Best dapat kumpul gini. Kutuk sesama sendirik. Kan.
Tu aktiviti wajib.


My job, jemput orang VVIP pakai payung.
Sebab tu kehulur hilir dengan payung beso gedabak tuh.
Eh, nasib kena theme biru.
And nasib comel.
Hhahahha...

Untuk goodies yang lebih tuh. My sister soh ambil.
So dapat dua box besar, Around 60 pack.
My plan nak bagi kat any orang jalanan, or orang yang kerja kat petrol station ke apa.
Rezeki bagi-bagi.

Lastnya, bagi kat my kawan masa singgah on the way balik KL and kat my department.
Sebab adikku pecut siap berlumba bagai kat highway.
Dengan tiga buah kereta.
Dah terbang semua plannya.
Ni kalau ayah tau dia berlumba, i just makan nasi sambil kira butiran lebihan kat pinggan.
Tak dengar, tak tahu.


Ok lah, nanti kalau free ke apa. 
I will buat full abum untuk pictures nih semua in one post.
Special punya!
Tak ada ayat,
Picture jer yang berbicara.
Untuk video.
Dah ada tapi nak edit... MasyaAllah malas gila.

Tunggu kerajinan tuh datang lompat-lompat.
Hhehehhe...

Saturday, September 09, 2017

Matta Fair September 2017

Assalamualaikum.

Pagi tadi pergi Matta Fair dekat PWTC.
Gerak pagi-pagi dengan bread with peanut butter with grapes jam sebagai bekalan.
And water bottle.
Selamat untuk tambah energy kalau teruk sangat tersadainya dekat sana nanti.
Dan sebab malas nak bersesak-sesak dengan naik public transport lagi even ianya senang.


So, bila sampai sana, tepat 0900 oclock. Open counter 0930 pulak. Open booth pukul 1000, parah.
Untuk memujuk hati, pergilah carik Atm for standby duit.
And toilet... Hehhehhe...
Pastu tak tahu nak buat apa, kaji newspaper free Matta Fair tuh.
Banyak gila potongan sale sana-sini.
Kalau kaki jalan, memang boleh mati keras tengoknya.

Tapi aim utama, umrah!
So, just fokus on that.
Tapi diorang tak expose banyak pon pasal tajuk nih.
Anyway... I just koyakkan maps for all booth yang penuh dua muka surat untuk kebahagian hakiki.
And terus bebaris sebelum segerombongan mak kiah datang.
Tak sanggup.


Paling depan, dan paling awal masuk.
But paling confuse bila dah enter tuh.
Sebab rasa tercabar lah niat nya dengan nak travel around the world ke nak jumpa Allah?
MasyaAllah. Mengucap banyak.

Lots catalogue yang orang bagi, accept jer dengan senyuman.
Dalam hati, nih banyak-banyak nak buat apa... rebus masak kari?

Jalan terus , link sana sini maka sampailah part Umrah.
Tinjau-tinjau Rayhar Travel, Felda Travel, Tabung Haji, Glocal Travel and company kecik-kecik lain.
Mostly diorang bagi RM 200 diskaun.
Dengan some gift.
Oklah tuh.

And the end, rasa tak nak book lagi.
Sebab tak cukup duit nak book... untuk lima orang. Sebab dah save duit semuanya untuk bulan nih.
Tu la, ingatkan Matta Fair nih next week.
So, sempatlah standby duit lain.
Rupanya minggu nih. Cheittt...

Dan kebanyakan bagitau mereka tunggu Arab goverment keluarkan warta charge baru untuk 1439H punya, and akan ada change jugak.
So, awal Muharram pun tak lama lagi dah.
Kita wait and see apa perubahannya ok.

Then, ada sikit clash between my younger sister yang cikgu tu dengan my ayah health.
Cikgu mesti prefer cuti sekolah.
And ayah pulak kami concern untuk dia on wheelchair sebab tak boleh jalan jauh.
Diorang cakap if guna wheelchair better pergi tak on school holiday.
Easy.
Betul gak tuh.

Supaya tak balik dengan tangan kosong.
Even tak lah kosong mana sebab ada dapat bag, water bottle free jugak.
Tetap nak gak book satu.
Gih Aquaria KLCC. Dengan hanya 39 hengget, normal price around Rm65.
Half ok!

Untuk oversea, ada usha nak gih Iran.
Plan lepas umrah nih lah.
But tak jumpa.
Sebab kebanyakan ke Korea kah kita, Jepun hait-hait, Eropah trail..
Indonesia dan Taiwan.
Whatever.

Nanti one day in my post i will bagitau why i want go to Iran ok.
Amazing of Iran.
Country yang orang jugde inside out dengan syiah yang tunggang terbalik, komunis juga.
But tak nampak kecantikan sebenarnya.
History yang diorang punya.
Oh man.

Oklah.
Jumpa in next post.
= )