Search This Blog

Showing posts with label cerita budak-budak. Show all posts
Showing posts with label cerita budak-budak. Show all posts

Tuesday, May 15, 2012

++++++ Mari dengar ini cerita

Pada suatu hari, terdapat seekor kura-kura yang sangat cantik. Namanya ialah si Kura Yang Cantik. Ramai yang tertarik pada si Kura ini, termasuklah VVIP bagi kerabat di raja Goldfish. Namun jauh di semak kegelapan sana, terdapat si serigala yang jahat. Namanya si Gala yang Jahat. Macam-macam serangan edisi ke-lapan yang dilakukan oleh si Gala untuk menjatuhkan maruah dan kehodoh-an si Kura. Semuanya tidak berhasil. Kerana kepanasan serta dendam yang kesumat, Si Gala pun memasang hajat untuk mengintai si Kura setiap hari. Kononnya mahu mengetahui apakah rahsia kekuasaan abadi musuh tradisinya itu.

Nak dijadikan cerita, ternampak si Gala bahawa si Kura pergi menyelam ke dasar sungai yang penuh makluk paling ganas dan liar di alam semester. Dalam dok intai, tiba-tiba terkejut beruk si Gala bila ternampak kemunculan si Kura yang penuh misteri bersama bangkai darah si Jerung. Tanapa perasan kewujudan si Gala, si Kura terus menarik makanannya ke tepian hulu. Lahap sungguh si Kura meratah daging White Shark itu.

Maka dengan kuasa Tuhan- Maka jatuh pengsan serta koma tak sedar selamanya si Gala akan ketidak percayaannya itu terhadap apa yang dilihat. Rahsia si Kura juga masih menjadi misteri!.

Tamat.

...................................................amacam?.......................................................... 

Best tahap Gunung Alps tak cerita kanak-kanak versi The Hulk aku nih?? Satu dalam sejuta la korang tentunya nak jumpa cerita 'limited edition' camni kan. Takper, mungkin lepas sejuta lagi, korang dapat mendengar cerita versi lain pulak yang lebih adventures lagi. Bersesuaian dengan cerita dogeng rakyat lain yang telah di versi moden-kan.

Perkongsian lain yang ingin dikongsi adalah:

  1. Tip paling berguna bagi korang yang mempunyai kereta lima enam buah tu: Isi minyak pada waktu sejuk (kerana minyak lebih tumpat). Contohnya pada waktu malam.
  2. Tip kedua bagi pembeli kasut sedunia: Beli kasut pada waktu tengahari (waktu lunch tu korang vise versa dengan waktu shoppimg kasut la). Kerana kaki lebih mengembang pada waktu camni.
  3. Tip seterusnya untuk yang suka minum air mentah: Chlorine berlebihan adalah tidak baik untuk badan. Boleh membawa kanser (terutamanya bagi air yang tidak dirawat dengan baik).
  4. Tip lagi adalah mengenai kulit ayam: Peminat kipas mati kulit ayam goreng tentunya wajib mengetahuinya. Bahawasanya kulit ayam tidak bagus dan boleh membawa kanser.
Baiklah, itu aja perkongsian pada kali ini. Selamat membaca. Tun Dr. Mahathir dilantik sebagai Tokoh Membaca SE-Malaysia!. Dukung teus..

End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...