Search This Blog

Showing posts with label pengalaman di rumah anak yatim. Show all posts
Showing posts with label pengalaman di rumah anak yatim. Show all posts

Monday, May 20, 2013

Anak-anak yatim-Mereka yang berjuang

Assalamualaikum.

Semalam, aku Dan dua orang kawan berkesempatan pergi ke rumah anak-anak yatim. Balik kerja terus gerak ke sana... Carik punya carik, dalam area pukul 8.30 malam baru kami sampai ke tempat itu. Bukan datang dengan tangan kosong, tapi ada bawak domino pizza tiga set, dua paket gula-gula Dan cumi.

Kedatangan kami disambut dengan alunan suara orang mengaji. Pak cik yang sambut kami. Kami pun menuju ke ruang dapur mereka. Walaupun serba kekurangan, mereka masih terpelihara.
Cik sempat berkenalan dengan Zaiton, juga anak yatim sejak berumur sepuluh tahun Dan sekarang memulakan khidmatnya semula. Kerja kat situ jaga budak-budak la... Dia Dan pak cik tadi la yang tolong siap-siapkan mereka, buat sarapan... anta bebudak ni gi sekolah. Tabik seribu Kali la kat dia!!!

So, aku sempatlah juga interbiu Zaiton tentang tempat tersebut. Ada 15orang semua sekali Dan ada dua kembar daripada Pakistan mali. Paling muda budak perempuan berumur tiga tahun. Kesian sangat tapi bila mereka ketawa takkan aku nak wat drama Maria Mariana kat situ pulak! So aku pun ketawa la sekali. *jangan tunjuk kita simpati kat diorang, nanti diorang lagi sedeyyy...

Langsir hijau yang usang, kusyen yang da penyek.. Tempat tidur yang sesak. Kesian kan. Aku pun sempat tanya la,  bilik sebelah yang kosong tu tok saper pulak ? Oh, tu untuk pak cik tidur... Tapi takder katil kan... Pak cik memang tidur atas lantai. Sedih tak sedih korang kat tempat aku? Mulia sungguh hatimu pak cik, moga Allah selalu memberkati hidupmu. Amin!

Lepas siap ngaji, dalam 9.30 malam baru mereka makan... Tergamam aku bila dua tiga budak duduk atas lantai Dan menyorong pinggan mereka... Terus kami semua ajak mereka dok makan atas kusyen. Kesian. Paling sedih bila diorang ambil cawan Dan gi pili air Dan minum! Ini aku saksikan sendiri dengan hidung mulut per lakuan seorang budak kat situ. Astagfirullah... Seb bek kami bawak sekotak air perisa laici. Hulur sorang satu... Klorin banyak tu dik. Sadislah aku jika cik tak bersyukur dengan apa yang aku ada.

Dalam area kol 10malam, kami pun bertolak pulang... Da malam, mereka pun nak rest. Esok Si kembar ada ujian Sejarah. Gudluck ye dik.

P/s- kepada fara, raihanna, sakinah, siti, 'mak milah', nisha x 2, zaiton Dan lelain... Pak cik juga sekali. Korang memang suprb tabah!!!! Nanti kami datang lagi ... Cikgu sejarah, cikgu moral Dan cikgu pendidikan jasmani. Hahaha... Perasan!

End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...