Search This Blog

Tuesday, April 02, 2013

AbellaAnn. Sisi lain aku.


Hi.

Welcome to my blog.
This part i called other half of me.

And here's a little about me:
I like reading,
Next to writing,
I love dreaming,
Sleeping as well,
And
Food-fan of course.

p/s: My stories are not flawless. They will have lots of grammar error, plot holes, untied ends, etc...etc...

Monday, April 01, 2013

Blog: Kau post pasal apa?


Assalamulaikum.

Today kita chit chat pasal blog. Ada apa dengan blog? Apa yang korang post hari ini?
Satu benda yang ‘best’ pasal menulis kat blog ini adalah korang boleh post semua benda yang korang suka. Macam diari yang di internetkan… ada privacy dan ada setting public. Macam-macam boleh korang jumpa. Zaman sekolah yang gila-gila, kisah putus cinta dan frust menonggeng, binatang peliharaan yang ingat comel la tu, fesyen, buku-novel cintan cintun… Kalau korang geram teramat dan nak kutuk budak satu rumah korang pun boleh… asal jangan dia baca korang punyer post udah. Hahahh… 

Untuk aku, aku akan post apa yang aku lalui dan benda yang rasa (aku rasa) patot sesangat untuk sharing. Sharing-caring-and-loving. Terjiwang santan la pulak. For sure aku akan post pasal anak sedara (cucu dalam keluarga kami), bila aku gi merayau tepi jalan, routine hari-hari, makanan ker, baju yang aku fesyenkan, dan everything pasal diri aku. Berlagak macam ada pula orang nak amik tau kan… tapi, look like I care? Kalau paparazzi sibok nak korek citer Selebriti-aku gali lubang sebelah (berlagak ‘Diva’). Tapi, aku punya limited edition… apa yang aku post, itulah korang kena baca. Tak puas hati? Nak gadoh, jumpa kat simpang luar.

Done.
So, seperti yang aku cakap diatas… post kali ini: Maxi dress mustard color yang aku baru beli kat Times Square.


Baru sekali pakai…terasa aku terlebih ke-ayuannya! OMG, sila lempang diri sendiri.
Harga: around Rm40.00
Nak? Sila beli sendirik.

Monday, March 25, 2013

Emak dan kami.


Assalamualaikum.
Pada 19 march yang lepas ialah hari lahir Emak. Seperti dalam calendar, ianya jatuh pada hari Selasa… so, camne ni yek?? Semua anak-anak dia da susah hati. Alkisahnya sejak lima tahun lalu, kitaorang apply kan benda ini. Every year mesti sambut bezday Mak dan Ayah… walaupun ter-awal/ ter-lambat majlisnya. Tetap kena celebrate jugak. Yek la… dulu masa bezday kami (lapan beradik), Mak sibuk masak bubur dan Ayah bagi itu ini. So, bila semua anak-anak dia dah besar… kita terbalikkan. Biar anak-anak dia pulak yang sibuk untuk sambut bezday mereka. Sekurang-kurangnya, ini menunjukkan yang kami tak akan lupa pada mereka. Mak dan Ayah pun happy…

Dan tiada kata sepakat yang di beri, semua sibuk dengan degree… master… kerja. So, pada pagi Jumaat (22nd March), aku dapat massage daripada my sist:
Balik tak minggu ni? Sambut bezday mak sabtu malam…

Aku pun 50:50 nak balik ke tak, cuti tak apply lagi. Sok dah hari sabtu (keja half day pulak tu). So, tekatkan hati… pas habis keja terus chow ke KTM terdekat dan beli tiket bus (on the spot). Alkisahnya… tiket dah habis, kena tunggu sampai kol 2.00 petang. Rembat!!! sempat solat Zohor dalam Jamak Takdim. Makan roti dan ready untuk penderitaan ‘duduk selama empat jam setengah’. Chooiii… tidur jek la. Aku pelik gak, apsal la time gini ada gak orang nak keluar jejalan naik bus. Naik keta la…

Bila semangat berkobar-kobar, tak panas tempat duduk lagi… aku berhadapan dengan benda yang paling aku benci: panjang gila jem kat highway… memang terbakar rentung la. Rasa nak terjun tingkap jek… stuck dalam satu jam. Peh, boleh ting-tong kepala otak dengan driver yang lepas-tekan brek, hon daripada manusia yang suka buat bising… Pastu jem lagi sebab ada accident. Huhuh… rasa macam nak nangis. Sempat ke dak ni???

Guess what, aku sampai Larkin kol 7.30 petang! Jem tu punya pasal… Pastu mek bus dan abang ipar akan jemput daripada sana. Seb bek bandar JB tak jem malam-malam gini. Alhamdulillah. Sampai rumah dekat kol 8.30 malam… SI Apiz dan cik Ziqa pun da tidur. Diorang pun da celebrate, lambat 30 minute! Tapi takper, makan-makan-makan-. Let’s see apa yang ada:
Soto dan bebola daging.
French fries.
Nugget.
Kek burberry.
Grapes.
Tea.
Sambil makanan memenuhi perut, mulut pun chit chat tak henti –henti…

Sempat kacau si Apiz tidur… cik Ziqa tak leh kacau, nanti dia mengamuk (tapi aku kacau jek). Hahahha… OK, goodnite.

*walaupun esok (Ahad) tengahari dah kena balik semula… aku just rasa happy jek. Sempat wish kat mak sebelum dia tidur malam tu, breakfast sama-sama esoknya… makan masakan mak. Jumpa cik Ziqa dan si Apiz… together ketawa with adik-beradik yang lain… such a perfect memories.
Missed you all.


End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...