Search This Blog

Showing posts with label barang apa aku bawa ke umrah. Show all posts
Showing posts with label barang apa aku bawa ke umrah. Show all posts

Saturday, April 28, 2018

Packing oh la la

Assalamualaikum.

Tinggal dua hari je nak pergi.
Dan seriously, tak pack apa-apa lagi pon.
Derrr.
Sebab busy uruskan apa yang patut. Smooth kan mana yang perlu.
Dan akhirnya,
Bag TH wane itam pon tesergam cantik dengan all the plastiknya lagi.
Haruuu...

Excited tu memang dah bercampur-campur feeling dia.
Pastu, nih nak pack... boleh layan lagu sedih tau time lipat baju satu persatu.
Sob.sob.sob.
Alhamdulillah gak,
Dah ada list, so cam gambaran secara kasarnya apa yang perlu dibawa.
Phiew. Thanks to my sister in law.
Ohsem always.

Ada tak ada tuh. Nanti beli kat sana jela kan. Top up yang perlu.
Apa yang ada gunakan sebaiknya.
Kan?
Sebab dah memang jenis tak suka collect barang. So, my things memang mana yang penting jer.
Hehheheh...
Nasib la kalau dah perempuan tapi sifat sempoi kalah orang laki.
Nak buat camno.

So, untuk rujukan bersama, list nya seperti kat bawah:

1. Kain ihram+tali pinggang/telekung-2
2. Kurta/jubah-3
3. Seluar, shirt/ blouse-3
(Baju tidur pandai-pandailah include)
4. Tag ribbon-for bags
5. Ketayap/anak tudung-2
6. Socks-4
7. Undies-ikut banyak mana
8. Pantiliners+meds pc-ikut suka
9. Botol spray kecik
10. Botol air kosong-3
11. Lip balm, Vaseline-2
12. Selipar, kasut-2
13. Hanger-5
14. Plastic-baju kotor
15. Towel mandi, kecik-on s/b
16. Hair dryer-1
17. Cermin kecil, sunglasses
18. Buku umrah TH
19. Buku kecil, nota, doa-doa, pen
20. Sarung tangan-on s/b
21. Alat mandi, sabun baju sikit.
21. Pengetip kuku, gunting
22. Uncang kasut
23. Ubat-ubatan...
24. Charger, handset, camera
25. Baju melayu/baju kurung-1

Cukuplah agaknya, nak sumbat 30kg dalam tuh semua.
Agak la kan.

All my personal things dah sort out.
Amnahkan pada yang berkenaan.
Yelah.
Terima kasih yang menolong... menyusahkan korang jer.
Terima kasih sekali lagi.

Pastu dah siap-siap salam depa kat department.
And all friends yang patut. Dah message. Whatsapp.
Later nak post kat FB.
Mana tau, yang kaki social media nih. Kat sini jela depa tau kewujudan kita kan.
Huihuihuiii...
Ada eh, spesis kawan camni.

Anyway.
Semoga semuanya berjalan dengan lancar ya. Doakan please.
= )

End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...