Search This Blog

Showing posts with label buat benda baik. Show all posts
Showing posts with label buat benda baik. Show all posts

Thursday, November 08, 2018

Get up and get off.

Assalamualaikum.

Hari yang cerah. Ada matahari. Tak ada class. Dapat makan roti jala. Lunch free. Rasa hari nih mood makin baik. And rasa nak bagi motivasi percuma. Sebab like me yang jenis spesis cepat boring, i always need motivation in my life. Sebab tu tak layan cerita datuk seri, puan seri, kau kaya aku miskin, kau miskin aku kaya. Hahhaa, drama sangat hokey. Baik layan cerita makan-makan. Habis satu resepi, masuk resepi lain, tengok pon dah kenyang. Psssttt... nak tak nak baca, suka hati.

Semua orang ada masalah, jem sikit merungut, lapar complain, tak ada duit, family problem, sakit perutlah, orang tak sayang ke. Blah. blah. blah... And cakap, mungkin nih takdir. Like hello, Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum kalau kaum itu tak ubah diri sendiri 13:11. Go and create your own happy ending life, if you don't fight for what you want, don't cry guling-guling for what you lost. Be courageous, buat hidup warna warni macam Dora the explorer, walaupun dia tanya soalan bodoh hari-hari, ada nampak dia nangis tepi penjuru? Think. Jatuh terduduk, tertiarap macam mana pon. Plan your life. Wake up determined, go to bed satisfied.

Untuk people around us... ada orang kita sayang banyak, sayang sikit, tak sayang langsung or even a strangers yang jumpa sekali seumur hidup sebab tetiba bawak diri pindah Afrika. Mana tau kan. Whatever level there're in our life, mereka nampak jatuh bangun kita. Dan merekalah yang one day kat Padang Mahsyar sama-sama bersesak timbang dosa pahala, syurga neraka. So buat apa nak throw shit sesama sendiri and you, yes you... buat kerja gila nak kutip banda negative itu semua and put in your wall. Get up and get off. Please. It's ok if they don't like you, i can said not everyone has a good taste. Huh.

Personally, i can said banyak benda untuk motivate diri. I only can berleter in my whole life, the last decision... balik pada diri sendiri. Allah bagi cabaran, to test you and me. If it doesn't challenge you, it doesn't change you. Betul tak? Steve jobs once said, it was awful tasting medicine but I guess the patient needed it. Daripada situ sometimes you have to pick up yourself and carry on. If you're not the first, you'll be the last. Tempuh, paskal! Sorry, no ads review. Tetiba semangat terlebih.

Dah.
Dah, penat taip. Nak gih study. Presentation coming in few days, as always orang first. Lain kali letak nama anak huruf A. Hahahha... Exam week after that. Fighting!
#doauntuksemua
#positivevibesuntuksemua

Friday, April 27, 2018

Tunggu aku

Assalamulaikum.

Lately, banyak pulak post pasal terbawak hati dan perasaan kan.
Buat korang rasa berat hati.
Buat aku rasa camtu jugak.
Hey…
Tak lama aku pergi.
Dua minggu jer.
Tak lama aku cuti.
Dua minggu setengah jer.

Tunggu aku!
Insyaallah aku balik.

Okeylah.
Tak ada niat nak bawak korang menangis sama atas apa yang dibaca.
Tolong sapu sikit air mata tuh.
Malu orang tengok.
Yang penting. Yang baik jadikan pengajaran, ya.

Jujur.
Aku sayang kawan-kawan aku.
Aku sayang kau.
Aku sayang siapa yang sayang aku.
Siapa tak sayang aku pon, aku sayang korang balik jugak.
Peluk sikit meh.
Sweet tak? Hheheheh…

Aku pergi untuk diri aku sendiri.
Aku yang cipta ini semua.
Aku yang harapkan perjalanan ini.
Aku perlukan ruang ini.
Aku perlukan semua ini.
Maaf.

Dan kelak. Suatu hari nanti.
Kau dan aku jauh.
Aku bukan berada di situ.
Sentiasa ada untuk memberi nasihat dan teguran.
Pada perilaku dan kata-kata yang diluah.
Dan.
Untuk buat kau sentiasa tersenyum.
Atau untuk memberi juga senyuman balas.
Yang selalu aku buat.
Rindunya…

Hasil carian imej untuk weheartit apologize

Alamak. Aku buat kau sedih lagi.
Tapi,
Take care of yourself. Please.
Even aku ada atau tiada di sisi.
Behave sematang-matangnya.
Ubahlah sebagaimana aku cuba menggubah diri aku juga di sana.
Kita menghala ke arah kebaikan.
Kita capai Jannah yang sama.
Balik nanti aku nak tengok.

Walau semangat untuk berjumpa.
Kau bukan untuk aku nilai.
Tapi engkau dinilai pada yang di atas.
Ingat tu.

Ego tak dapat aku kikis dalam diri seseorang manusia.
Pemilik hati itu sendiri.
Dia yang memegari dan melepaskan.
Itu diri dia.
Aku hanya menyinggah.
Aku hanya menyapa.
Aku hanya menegur.

Sebab aku sayang kau!

= )

End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...