Search This Blog

Showing posts with label pengalaman umrah raudah. Show all posts
Showing posts with label pengalaman umrah raudah. Show all posts

Saturday, May 26, 2018

Umrah-Pengalaman Terindah, Satu

Assalamualaikum.

Bila ditanya tentang apa yang the mostly tak terlupakan masa pergi Umrah?
Banyak.
Tak terkira.
Sebab everyday, setiap langkah, setiap lepas solat.
Semua ada story behind it.
Along the journey kat Madinah dan Mekah, both best, dan sangat dirindui.
Sebab tuh,
My post about umrah sangat berangkai. Hihihiiii...

Ok lah, untuk tak menggecewakan.
Untuk dua tempat nih.
I will share setiap satu yang mostly terbest.
Sangat terbest.


Untuk Madinah.
Part paling menyentuh sangat adalah apabila pergi Raudah yang kali kedua.
Pergi sorang-sorang.
Dan pakai purdah.
Jubah hitam.
Sebab ramai jemaah Tabung Haji yang pernah buat umrah before this, depa cakap untuk senang pergi dan tak dihalau cepat... Pakai macam orang Arab.
Sebab diorang more respect kita.
And i follow that tips.

And waktu tuh pukul 0900 pagi... then, ambil wuduk dan masuk Masjid Nabawi.
Ikut pintu seperti mana yang mutawwif cakap.
Dan terus pergi ke tempat pre grouping sebelum boleh masuk ke Raudah.
Tapi tak terus ke sana.
Ambil part belakang sekali.
Buat solat Tahijatul Masjid, dhuha.
Dan terus ke pre-grouping paling depan.
Pastu berdiri sama-sama minah Arab.
Dan sepanjang menunggu, sambil tuh selawat dan tasbih dalam hati.
Tak lama. After fifteen minutes tunggu.
Boleh masuk.

Lama tengok makam Nabi.
Lama tenung kain hijau tepi dinding tuh.
Banyak bagi salam dekat Nabi, dan dua sahabatnya, Abu Bakar dan Umar.
Setiap langkah bagi salam.
Setiap kelipan mata, doa dibaca.
Sambil menitiknya air mata yang tak sempat diseka.

Dan bila sampai karpet hijau.
Doa sambil berdiri.
Doa untuk mereka yang terdekat, yang jauh juga.
Doa yang lebih terperinci daripada doa masa first dulu masuk Raudah.

Lepastu, ambil saf sebelah mereka yang tengah solat. Diikuti yang lain.
Dan ada juga orang yang kat depan, Kat belakang juga solat.
Jadi sekeliling di kelilinggi.
Safe.
Terus buat solat sunat, dan sunat Taubat.
Dalam solat doa.
Dan after solat pon doa.
Lama.
Lama sangat.
Tenang.

Sampai terdengar laungan untuk group seterusnya yang hanya tinggal tiga langkah kat belakang.
Baru tersedar.
Baru terus bangun.
Dan bagi orang lain pulak turn mereka.
Lagi pon, group yang baru masuk... mereka kasar.

Keluar daripada Raudah, ikut laluannya.
Ada sign.
Dan pastu minum air zam-zam.
Dan keluar daripada Masjid Nabawi.
Rasa auranya.

Alhamdulillah.
Memang syukur sangat dengan rezeki dan peluang yang Allah bagi.
Memang sangat terindah.
Dan terbest.

Untuk kat Mekah, next post ya!

End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...